Sunday, August 12, 2012

YA ALLAH, jagalah hati ku ini... aku redha. :)

assalamualaikum..

So, bab soal hati, aku memang tegas dan agak ‘keras’ sebab aku belum bersedia. Belum bersedia untuk bernikah! ^_^ Kalau aku berlembut, semuanya jadi boleh. Yang haram pun boleh jadi halal.  Aku  lebih gemar untuk menjauhi perkara-perkara lagha (melalaikan) dan aku lebih suka untuk mencegah daripada mengubati. ^_^

Memang cinta itu fitrah, tapi biarlah dengan cara yang halal. Jaga lah hati .. banyak kan istighfar kepada ALLAH..

 Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan . Sabda Rasulullah S.A.W. : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.






2 comments:

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

kuatkan hati..
ada yang lebih baik menanti.. =)

Yokai Cham said...

^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.......................................